22 Okt. Pada hari ini satu program pertandingan Liga Futsal lima sebelah peringkat sekolah SKHM telah diadakan. Hanya murid tahun enam sahaja yang terlibat. Ini kerana program ini merupakan satu program pengisian selepas UPSR. Ia bertujuan bagi mengisi waktu lapang murid-murid tahun enam yang telah pun selesai menduduki peperiksaan UPSR.
Liga futsal yang dianjurkan oleh pihak sekolah ini telah disertai oleh 10 pasukan. Ia terdiri dari 6 pasukan lelaki dan 4 pasukan perempuan. Masa Permainan adalah selama 20 minit bagi satu-satu permainan. Permainan Liga ini akan berlangsung selama kira-kira dua hari dan di adakan di padang sekolah SKHM bermula kira-kira pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi.
Selepas Liga Futsal ini , program yang telah disusun seterusnya ialah liga Bola Baling dan liga Bola Jaring...Tunggu....!!
