Jumaat, 12 Oktober 2012

Berpindah Sekolah

Mulai Januari 2012, Ustaz Suhaimi telah berpindah tempat bertugas iaitu di SK Sungai Keli.

Isnin, 21 Jun 2010

Majlis Persaraan PK HEM






Satu majlis Persaraan telah diadakan bertempat di kantin sekolah SKHM bagi meraikan majlis persaraan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah iaitu Ustazah Hjh Seam binti Ahamad. Beliau yang telah berkhidmat selama lebih 34 tahun telah menamatkan perkhidmatan beliau pada 4 Mei 2010 yang lalu.

Ahad, 7 Februari 2010

SUKAN TAHUNAN SKHM 2010

Sukan tahunan SKHM akan diadakan pada bulan 4 Mac 2010. Semua murid dari tahun satu hingga tahun enam adalah terlibat. Murid Prasekolah dan murid Pendidikan Khas juga akan terlibat dalam temasya sukan tahunan tersebut.
Sukan Tahunan SKHM dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu sukan tara, acara sebelum sukan dan acara hari sukan sekolah. Di antara acara-acara yang dipertandingkan ialah : Lompat Jauh, Lompat Tinggi, dan Lontar Peluru bagi acara sebelum sukan.
Manakala antara acara hari sukan ialah : 100 M, 200 M, 4 X 100, 4 X 200 dan lain-lain lagi.

Ahad, 27 Disember 2009

Rabu, 21 Oktober 2009

LIGA FUTSAL SKHM

22 Okt. Pada hari ini satu program pertandingan Liga Futsal lima sebelah peringkat sekolah SKHM telah diadakan. Hanya murid tahun enam sahaja yang terlibat. Ini kerana program ini merupakan satu program pengisian selepas UPSR. Ia bertujuan bagi mengisi waktu lapang murid-murid tahun enam yang telah pun selesai menduduki peperiksaan UPSR.
Liga futsal yang dianjurkan oleh pihak sekolah ini telah disertai oleh 10 pasukan. Ia terdiri dari 6 pasukan lelaki dan 4 pasukan perempuan. Masa Permainan adalah selama 20 minit bagi satu-satu permainan. Permainan Liga ini akan berlangsung selama kira-kira dua hari dan di adakan di padang sekolah SKHM bermula kira-kira pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi.
Selepas Liga Futsal ini , program yang telah disusun seterusnya ialah liga Bola Baling dan liga Bola Jaring...Tunggu....!!

Isnin, 12 Oktober 2009

Blog Guru Data SKHM

13. Okt. Blog Guru Data SKHM telah bermula...

Perkhemahan Unit Beruniform 2009

LIGA FUTSAL SKHM

Perkhemahan 2